Sunday, November 18, 2012

I'm back :)

Hello guys. Assalamualaikum. I'm back! Lama gila en tak update apa-apa. Blog aku ni pun dah bersawang siap ada spider lagi. Hmm lately I got a looooooot of problem. Sampai demam. So takda mood nak online, tweeting or whatever. Aku ingat malas nak fikir tapi kena fikir. Menangis tu wajib la kan. Dah lepak dengan bestfriends but lupa problem tu kejap je but balik je, automatik fikir balik masalah tu. Haish, stress kepal otak aku ni. Btw esok aku ada JPJ test for my driving license. Cuak weh. Nak makan pun tak lalu. cuak lain macam. Tak tahu nak buat apa dah. Selalunya kalau time aku macam ni ada someone yang makes me calm. But this time tak tahu la. Takpa la. Aku kan dah besar. Maybe nanti aku okay sendiri kot. Kot la. Kalau tak okay, nasib la. Dah la takda siapa wish good luck lagi. Sedih. Dah la. Bye and take care

Thursday, October 18, 2012

It's been a while I didn't update my blog isn't it? Well, I'm being busy with my life. Not too busy actually. Hihi. Dah lama aku tak cerita pasal me and my boyfriend kan. Btw aku dengan dia okay je. Bahagia like always. Hihi. We have been together for 1 year, 6 months and 4 days. Yey! Then 12/10 hari tu I went to David Guetta Live In Malaysia. It was fucking awesome kay! I was so excited. Okay, tutup jap cerita pasal bersuka ria. 5/11-8/11 nanti aku akan menduduki STPM for 1st semester. Tak boleh main-main dah. Wish me luck kay? Mmuahh!

Thursday, September 13, 2012

The Wanted Live in KL

Well, I got the ticket. But I don't know sama ada I should go or not. Act tak sangka langsung boleh dapat. Aku main masuk je contest tu. Jawab je soalan yang senang gila then submit. Then petang tadi tetiba ada orang call "Hello, ni Noraina Mohamed Azam ke?" "Yeee, siapa ni?" "Saya dari Hitz fm. You ada masuk contest The Wanted that day kan? Esok datang kat Astro then ambik ticket kat situ" "Eh, betul ke? Jangan main-main. Serious tak lawak k" "Eh ingat I main-main ke?" Suddenly dia tanya lagi "You tengah tidur ye?" "Haa. Eh betul ke ni?" "Iyeeee, Esok datang ambik ticket ye. Counter bukak dari pukul 10 pagi sampai 5 petang. Okay, congrats btw" Aku dengan blur nya jawab "Okay thanks". Sebenarnya ada lagi tau. Tapi cut sikit. Aku rasa paling lama dia nak cakap, dengan aku la. Mana taknya, aku tengah tidur, dia pergi call.

Sunday, August 26, 2012

Aidilfitri 2012

Hello and Assalamualaikum you guys. This year macam biasa raya kat Bagan Serai, Perak. Macam biasa juga takda abah. Abah kerja. Aiza pun takda. Raya dengan husband dia for the first time. To be honest aku rasa raya tahun ni macam hambar je. Tak tahu kenapa :/ Tapi bila dah balik sini, macam seronok pulak. Pergi beraya dengan boyfriend and his friends. Dua hari berturut-turut. I had so much fun with them. And for the first time juga boyfriend bawak aku pergi rumah nenek dia kat Klang. Nenek and atuk dia sangat baik k. Sama macam parents dia juga. But tak sempat lagi nak jumpa parents dia. Hari tu mama dia dah call and ajak beraya kat rumah. But takda masa lagi. InsyaAllah ada masa nanti pergi la. Tunggu Alan free la kan. But paling penting esok dah sekolah. Maigad, Im not ready at all --'

Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya!

Diam tak diam dah nak raya dah kan. Rasa kejap je. Last update aku masa awal Ramadhan kan. Lama jugak la tak update apa-apa. Act nothing much interesting to tell y'll. Semua macam biasa je. Btw yesterday was our 16th months anniversary. Kitaorang keluar and sahur sama-sama. Tapi dia selsema. Kesian dia. Aku bagi ubat, dia taknak makan. Degil sangat. Even selsema pun dia still cute k. Comel je muka dia merah-merah. Btw esok nak balik kampung dah. Doakan perjalan kami sekeluarga berjalan dengan lancar ye. Selamat hari raya aidilfitri. Maafkan salah silap aku k. Bye and assalamualaikum :)

Friday, July 20, 2012

Ramadhan

Alhamdulillah. Mulai esok, 21 July 2012 semua umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadhan. Nothing much to say. Just nak ucapkan Selamat Berpuasa to all muslims :)

Alhamdulillah :)

Yey, aku dapat pre-university scholarship. Alhamdulillah :)

Thursday, July 19, 2012

Short Story 2

Redha and Pasrah. Keep smiling :)

Sunday, July 1, 2012

Alhamdulillah, dah bulan Julai dah. Pejam celik, pejam celik, dah bulan July kan. Time is running so fast right? and dalam bulan July ni seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. I hope everything akan berjalan dengan lancar bulan ni. So, hello July. Please be nice to me.

Monday, June 25, 2012

Sleepy Day

OMGeee OMGeee today is the sleepiest day ever. Kat sekolah tadi memang mengantuk gila babeng. Asyik menguap je macam badak air. Sumpah handsome muka aku bila menguap. Time last period, memang aku dah tak tahan, pergi toilet, cuci muka sampai basah2 baju aku. Orang tengok pelik je. But still mengantuk. Apahal tah mengantuk sangat. Balik tu takda pulak nak terus tidur. Balik aku kelaparan pulak. Makan, tweeting a little bit then baru tidur. But now aku still mengantuk sebenarnya. Homework tak buat lagi ni --'

Saturday, June 23, 2012

:/

Hello Guys, assalamualaikum. How are you doing? its been a while i didnt update my blog right? Yeah, im busy with my school thingy, study, homeworks. So takda masa nak update blog. So, this time kalau panjang sikit, sorry la ye. First of all aku nak cerita apa dah jadi dengan kaki aku. Kenapa berbalut? Hari tu aku main badminton dengan pra-u students. Mungkin aku terlalu excited, *pecepuk*. Jatuh ala2 Lee Chong Wei. Nak cover malu, aku pun gelak la sambil terlentang kat situ. Nasib baik still boleh cyling balik rumah. Malam tu baru rasa sakit and esoknya baru pergi check kat clinik. Doctor cakap ada pendarahan kat dalam. Lepas tu kaki aku pun dibalut macam momia.
Second story. Bout me and my boyfriend. Kitaorang memang dah tak text sangat, on the phone and nak jumpa pun dah susah. Kalau jumpa pun, ada la dalam 2 3 jam je. Sedih kan. Tapi takpa la. Aku faham. Dia busy dengan kerja and masalah lain. Yang buat aku sedih sekarang ni, someone is talking bad about him kat blog dia. Oh gosh, kenapa la dia cakap macam tu. I know how much he loves his friends, there must be a reason kalau dia tak lepak dengan kawan2. Tapi dia bukan sengaja. Dengan aku pun dia tak lepak la weh. Dia ada masalah. You, as his friend that used to close with him, patutnya faham la. Bukannya cerita macam2 kat your girlfriend sampai your girlfriend tulis macam tu kat blog dia. Wake up guys, korang dah besar. Tolong la faham dia.

Thursday, June 7, 2012

Tweet tweet

Hye and assalamualaikum. Sedar tak sedar, tweet aku dah mencapai 12345. Nice number right? Followers takda la banyak mana pun. But aku tak kesah la pasal followers tu semua. Im so addicted to Twitter. I tweet a lot to express what i cannot say. Twitter is like my bestfriend. Kalau sehari tak tweet, memang meroyan la aku. Tapi disebabkan Twitter jugak ada berlaku sedikit salah faham antara aku dengan Alan. Ye la. Kadang2 aku tweet something yang takda kena mengena langsung dengan hidup aku. Then Alan pulak tersalah faham. Sedih k. Tapi takpa, benda dah lepas. InsyaAllah lepas ni dia faham kot. Or aku tak tweet benda2 yang buat dia terasa lagi. Tengok la macam mana kan. Okay, thats all for now. Thanks for reading. Do follow me on Twitter k. Much love :-*

Saturday, June 2, 2012

Miss him :'(

I miss him so much. Last on the phone dengan dia lelama 25hb May. Text pun less than 30/day i guess so. Now dah 1June. Last jumpa dia 28hb. Macam baru sangat kan but seriously i miss him so bad. No lies. Maybe sebab tak text sangat, tak on the phone. Tu yang buat aku rindu sangat kat dia. Dia busy dengan kerja dia. Aku pun faham sebenarnya. But entah la, nak makan pun tak lalu dah ni. And dah muntah2 pun. *crying*

Friday, June 1, 2012

Shila's new song - Deja Vu :)

Here's the lyrics :)
Aku bukan lemah tanpa cinta
Hanya tidak mampu sendiri tanpanya
Biarkan aku menangis kerna derita
Dia hadir mengubatkan rindu
Mengajarkan aku erti cinta
Namun semua tidak seindah ku sangka
( Chorus )
Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta
Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
Namun hati tidak pernah mampu
Melepas kau pergi
( Ulang chorus )
Setelah sedar dari mimpi
Harus ku terus hidup tanpamu
Kini ku pasrah segalanya
Tentang cinta
*i keep repeating this song for 123456789 times. Menangis nangis. Feeling habis :3

Wednesday, May 30, 2012

autolike?

Autolike tu setahu aku la dia nak bagi orang yg like status dia banyak la. But for what? Apa yg kau dapat kalau buat benda tu? Nothing right? Okay, kat sini ada contoh orang yg buat autolike tu.
Haha, sangat tak logik la kan sebenarnya sebab boleh pulak orang dari negara mana tah 'like' status dia tu. Lawak k. Sumpah lawak ;D

Mine

He's mine. Forever mine. Kbye :)

Sunday, May 27, 2012

School Holiday

Cuti dua minggu ni takda plan nak pergi mana2 pun. Balik kampung je. Tu pun berapa hari je. Homework pun takda. So, aku tahu, cuti ni akan menjadi cuti yang sangat bosan. Nak study pun tak tahu nak study apa sebab buku pun tak dapat lagi. Pishang weh pishang.

Wednesday, May 23, 2012

:)

Dah 3 minggu aku rasa aku masuk form 6 and i had so much fun at school. Sekolah baru, class baru, cikgu baru, kawan baru. Mimi dah takda so i got new friend Yuhana. Dalam class memang aku berkepit je dengan dia. But still tak boleh replace tempat Mimi. She's the best :) Balik pulak dengan Al farah. Dia class lain so susah sikit la nak rehat sama2. Tapi seriously aku happy sangat masuk form 6 ni. So far dah belajar sikit2 la. Semuanya kena banyak baca. Kalau tak, memang susah la nak score. But tadi ada berita yang mengejutkan. Bulan July ni ada test! Peehh baru masuk sekolah dah ada test. Tapi takpa la. Aku harap aku boleh buat. Wish me luck k :) Bubye and Assalamualaikum :)

Sunday, May 20, 2012

My 18th Birthday :)

Alhamdulillah, aku dah mencapai umur 18 tahun pada 18/5 yang lepas. Tak celebrate apa2 pun. But i had so much fun w/ family, boyfriend and friends. Kalau nak cerita, memang panjang. So, tengok gambar jelah ye :)
Tak lupa jugak buat sesiapa yg wish happy birthday kat aku. Seriously tahun ni paling ramai orang wish birthday kat aku. Tak kesah la yang kat Facebook or Twitter. Thanks. Aku terharu sangat :')

Thursday, May 10, 2012

Form 6

Result aku teruk, so conform aku tak dapat masuk IPTA or Matrik. At first aku macam confuse jugak nak pergi mana kan. But then aku buat keputusan nak masuk form 6. Then bila dah register tu, senior and cikgu2 kata okay la masuk form 6 ni. Untung jugak sebenarnya.Tak payah fikir pasal PTPTN bagai. Sekolah je macam biasa. Format pun dah lain. Tak da la berat sangat macam before. Aku pilih akaun sebab aku rasa itu subjek paling senang kot. But, macam biasa la kan bila masuk form 6 ni orang macam pandang rendah. Aku tahu aku yang paling bodoh sekali en but at least aku nak try belajar lagi. Aku taknak la selamanya dianggap bodoh. Abah pun mula2 macam tak restu jugak aku masuk form 6 but then dia okay dah. Now aku dah tak peduli apa orang nak cakap. Apa yang aku kena buat sekarang, belajar sungguh2 and taknak main2 dah. InsyaAllah i'll do it well. Aku nak buktikan kat semua orang, orang tak pandai tak semestinya selamanya tak pandai. Okay bye.

Tuesday, May 8, 2012

Happy Birthday, Boyfriend :)

Happy 21st Birthday to my beloved boyfriend, Mohd Azlan Bin Samsuddin. Yey, awak dah 21 tahun la. Dah tua, dah boleh kahwin. Haha. Kidding :) I hope you dapat capai apa yang you nak. You dah 21 tahun, dah tak boleh nak main2 k. Kerja elok2, nanti boleh tolong mama and ayah you. Then kumpul duit for your future. Paling penting, stay handsome and cute k >.< I love you so much :)

Tuesday, May 1, 2012

Gonna Miss You Baby :'(

Hello guyy, pagi tadi aku ikut Mimi's mom and Shariq hantar Mimi kat stadium Shah Alam. Tirah pun ada sekali. Dia dah pergi PLKN. Dah selamat sampai pun. Tadi masa kat sana aku menangis a bit. Sedih wooo tak pernah berpisah jauh2 and lama2 k. Mesti rindu sangat. Sebenarnya dari malam tadi aku menangis. Tapi nak buat macam mana. Dia kena pergi jugak. But im gonna miss her :')

Wednesday, April 25, 2012

Mimi ;')

Dah lama kan aku tak update apa2. So this time aku nak cakap pasal my bestfriend, Mimi. She'll go to PLKN on 1 May. 3 Bulan dia kat sana nanti mesti rindu gila kat dia. So this week kitaorang banyak spend time together. Lepak sama2, gelak sama2. Lepas ni 3 bulan tak dapat lepak. Rindu laaaa :/ Yang paling sedih dia takda masa birthday aku nanti :'( Mimi, nanti kat sana kau jaga diri baik2. Jangan lupa kat aku pulak. Kalau ada orang buli kau, kau pukul dia balik. Kalau dia curi spender kau, kau gigit je telinga dia. Aku takda so tak boleh la nak tolong kau. Kau pandai2 la cari geng kat sana :) Yang penting jangan lupa kat aku sudah k. Sayang kau <3 Btw thanks for the very nice bangle :)

Saturday, April 14, 2012

Awesome 1st Anniversary

I had so much fun on my 1st anniversary. Boyfriend, Shariq and Mimi buat surprise yang buatkan aku terkejut gila babeng. Diorang sumpah sweet gila k.
the story begin....
Aku menangis2 malam tadi sebab aku betul2 fikir Alan tak boleh datang celebrate anniversary sebab dia penat. Sedih la tak dapat celebrate 1st anniversary. First anniversary k. Lepas tu aku saja ajak Mimi and Shariq keluar. I need them to cheer me up. Kalau tak memang aku menangis whole night. Then keluar la. Masa dalam kereta, Shariq and Mimi berperangai pelik. Aku tengah menangis kat belakang, diorang gelak2. Mangkuk betul adik beradik ni. But Shariq ada cakap nak pergi Extreme Park jap jumpa kawan dia. Aku ikut jela. Aku ingat siapa sekali cuba teka siapa ada kat sana?
SURPRISE!!
Alan was there. Mata aku dah la bengkak. Selekeh gila. Habis semua orang aku cepuk. Kurang asam betul diorang ni. Patut la perangai macam tu. Nakal betul la diorang ni. Hahaha :D But, sumpah diorang Awesome gila.
To Shariq and Mimi
Thanks a lot guys. Setahun yang lepas masa kitaorang nak declaire tu pun korang ada jugak dengan kitaorang. First anniversary pun korang ada jugak. Korang memang kawan yang paling awesome k. Sayang korang sampai bila2. Aku appreciate sangat2.
To my beloved Boyfriend
As i know, you memang full of surprise. Tak sangka pulak you nak buat surprise macam ni. Btw, HAPPY 1ST YEAR ANNIVERSARY. Thanks cos loving me, thanks cos layan kerenah i, thanks cos tak pernah merungut pasal perangai i, thanks cos accept me who i am, thanks cos kenalkan dengan parents, family and kawan2 you yang awesome, thanks for everything la. Banyak sangat la. And the last one, thanks for the beautiful necklace. Cantik sangat :') I tak sangka pulak you boleh jadi sweet cenggini. Muehehe :B The most important thing is I LOVE YOU SO MUCH. I hope relationship ni akan kekal sampai bila2. Insyaallah :)

Wednesday, April 4, 2012

Dating :)

Aku baru balik from lepak w/ boyfriend, Mimi, Sharig, Syuk and Putri girlfriend Syuk. At first kitaorang lepak kta Bidara, bila hujan je berpindah pulak ke Barjana. But before jumpa diorang semua, me and my boyfriend spend time together just two of us tengok The Hunger Games. Dah lama kitaorang tak hang out berdua macam tu. Selalunya dengan kawan2. But this time berdua je. So kitaorang pun merepek la berdua. Yang Alan dengan cerita dia merepek rekaan dia. Aku gelak gelak jela. But movie tu macam boring jugak sebenarnya. and aku rasa bersalah sebab suggest movie tu. Kesian dia :/ but sokay, at least kita spend time together kan bie :) Best tak lepak berdua je dengan i? Ke boring? For me, it was fun. but jangan salah faham tau. Lepak dengan kawan2 sekali pun best jugak but you know, kadang2 kita perlukan masa untuk berdua jugak kan :) Btw, thanks for tonight. Thanks for the surprise. Bie cakap bie tertidur but sebenarnya bie dah otw datang rumah i. Boleh pulak you sleeping while driving kan. Haha. Thanks cos buat i happy sangat sangat. Thanks a lot. I hope you're happy like i do. Kalau boleh i taknak lepas you balik tadi but as you said "bie pun ada rumah jugak" haha k bie. Sokay i faham. I love you so much :')

Where is my FB?

Mungkin ramai yang tak sedar aku deactived FB kan? Macam tak percaya pulak. Mama pun pelik. Yelah dulu kalau sehari tak online FB, dah menggelabah itik. Now deactived pulak. Actually dah 3 or 4 hari kot deactived FB but ramai yang tak sedar. Tadi mimi and Syuk pun cakap jugak. Diorang ingat aku delete diorang. No way, aku takkan delete kawan2 aku yang awesome k. Tapi soalan first yang diorang tanya "WHY??" Of cos la kan. Haha. The reason is aku ni cepat sangat insecure plus kuat cemburu. So the best way untuk mengelakkan aku rasa macam tu, deactive je. Kan senang. Takda insecure, jealous or whatever. But, don't worry, i'll be back soon :) When? When i'm ready. Bila nak ready tu tak tahu la.

Sunday, April 1, 2012

School memories :')

You guys should watch this. Ya allah, rindunya :')

Wednesday, March 28, 2012

Insikiyooo

Hello guys, assalamualaikum This insecure feeling is keep playing on my mind cos there's a lot of pretty girls around him. Ooohh insecure feeling, please go away from my mind :/ He loves me, only me k. Not them. He can accept me just the way i am

Monday, March 26, 2012

I'm driving :D

Hello sayang :D It's 4.45am waktu tempatan. Still tak tidur lagi. Tak boleh tidur cos excited sangat. Sebab apa tau. aku driving tadi. Ya allah, excited yang teramat sangat.At first try kereta Arm. Kereta dia auto. So boleh la berlagak sikit. Dia duduk kat sebelah ajar sikit2 je. Then belajar manual pulak dengan shariq. Maaak aihhh, susah sangat laa --' Kena tekan itu ini. Banyak pulak cekadak dia. But boleh la sikit2. At least aku dah tahu basic kan. So tu jelah aku nak cerita. Excited sebab dapat driving :D Thanks Arm dengan Shariq sebab ajar aku driving tadi :) Okay bye Assalamualaikum

Wednesday, March 21, 2012

My SPM Result


Hello :D As you guys know, today 94's batch ambik result. Result aku not so bad. Takda gagal tu kira okay la kan. Masa trial hari tu, MasyaAllah, gagal tak terkira. Muehehe :B Aku taknak bagitahu la result aku macam mana. Agak memalukan jugak la. But aku bersyukur sangat takda gagal. Add maths aku lulus tau. Dari form 4 aku belajar add maths, sekali je lulus. Alhamdulillah the real SPM ni lulus :)Lagi satu yang aku bersykur, my parents being so understanding. Even though result aku tak berapa menbanggakan, diorang tak marah aku pun. Bapak aku boleh watlek ciom aku lagi :D Siap bagi duit lagi. Hikhok ^..^ But yang paling penting aku dah tahu arah tuju aku aku lepas ni :D Thanks to abah la. Haiyebiu abah

Wednesday, March 14, 2012

Work again --'

Hey guys. Assalamualaikum. How are you doing? Semalam aku kerja lagi but memang teruk gila la. Penat yang teramat sangat. Tak pernah aku kerja almost 14 hours tau. Berdiri memang lama gila. Kaki aku dah memng sakit pasal kerja yg hari ahad tu. Ni tambah pulak dengan semalam. Sakit dia memang tak boleh diterima la. Berdiri dari pukul 7 pagi uh. Pukul 5 aku masuk toilet menangis jap kat jamban tu sebab tak tahan sakit. Then keluar act macam biasa. But aku memang dah tak boleh senyum lagi dah sampai abang kitchen tu tegur aku --' Tangan, kaki, badan aku semua sakit. Aku memang dah tak boleh tahan dah. Kitaorang berapa orang je kena layan beribu ribu guest. Masing2 jalan kekang2 je. Abang supervisor pun macam tu jugak. Balik je call Alan nanges nanges. Tah pape la aku ni :B Lagipun patutnya semalam kitaorang keluar sambut anniversary but tak jadi sebab hujan :/ So terpaksa tangguh.

To my lovely Mohd Azlan Bin Samsuddin.
Happy 11 month anniversary. Lagi sebulan nak setahun kan. Kejapnya masa berlalu. Macam tak percaya je kan bie. Thanks for everything. Sorry tak tunggu until 12 malam tadi. I tertidur awal pulak sebab penat sangat. Masa bie call pun i mamai je. Sorry sangat sangat :/ Btw i'm so happy w/ you for this 11 months. Thanks for everything. I love you so much

Monday, March 12, 2012

Work!

Hello guys. Aku balik kerja ni. Penat sangat. Aku kerja macam hari tu jugak. Banquet kat SACC Convention Centre. Tapi today lagi penat la sebab nak kena clear semua sekali. So kena angkat kerusi semua la. Tu yang penat tu. And aku sorang je. Afiq takda pulak so aku takda geng langsung :/ But ada la kakak yg okay sikit. Aku sembang dengan dia la. But masa dalam kereta tak sampai rumah lagi mama cakap ikmal nak duit pulak 15 ringgit. Aku bukan nak berkira ke apa. Aku dapat RM45 je. Kerja aku dah la berat. Lepas tu nak bagi dia lagi. Tak berbaloi langsung. Aku malas nak cakap apa2. Aku terpaksa bagi jugak la. Haih apa dia nak semua dapat. Dia tu nak beli Baju kalau boleh seminggu 3 helai. Lepas tu duit lagi --' Sokay la. Nak buat macam mana. Alan pulak, dah la whole day tak text. Aku balik kerja ingat nak text dengan dia. Tapi dia nak main futsal pulak :/ Eemm. takpa la aku faham. Dah la malas nak bebel panjang2. Before korang pergi. Tengok la video MatLutfi ni dulu. Just nak menghiburkan hati. Ramai yg dah tengok. Siapa yg tak tengok lagi boleh la tengok. But before that, pause dulu lagu yg ada kat atas belah kanan tu ye. Okay, enjoy :)


Tuesday, March 6, 2012

Alhamdulillah :)

Hari ni aku tersangatlah happy sebab aku dah lulus computer test. Alhamdulillah. Dua kali gagal finally lulus jugak hari ni. Balik pun dngan hati yang tenang je ;D Mungkin sebab berkat doa mama kot. Aku pergi dengan mama tadi. So senang sikit la. But till now aku still tak percaya tau. Ye la malam tadi aku bukan baca sangat pun. Aku malas nak baca sebab takut jadi macam before. So aku pun pasrah jelaa. Dalam bilik test tu aku agak seram sejuk jugak la. Bila dah tengok LULUS je kat situ, aku rasa macam nak jerit je sebab lega gila. After this tak payah lagi nak mengadap buku kuning tu lagi. Bosan la. Muehehe :B K la. Thats all for now. See y'll at the next post. Thanks for reading assalamualaikum :)

Monday, March 5, 2012

This week almost everyday aku dengan Alan lepak. Since dia dah quit study kat PTPL mana ada kitaorang jumpa almost everyday macam this week. Paling banyak kali pun dalam seminggu ada la 2 kali. Dia kan jauh. Tapi since dia dah dapat lesen, dia asyik culik aku keluar je. Tiba2 dah ada kat depan tingkap bilik aku. Adoi, memang terkejut la kan. But tonight kitaorang tak jumpa la sebab entaaah :D Tapi takpa la. Lagipun dia jauh kat sepang sana tu. Kitaorang kan 'Long Distance Relationship' Hahaha :D Jauh la kan dari Sepang ke Shah Alam. Lebih dari 10 km Long Distance la tu >.< Okay, aku dah merepek. Dah la. Malas nak merepek panjang2. Thanks for reading. See you guys at the next post. Kat bawah ni ada gambar2 masa lepak. Tengok la. K daaaaa ~~

Ni masa lepak jap kat Hostel McD. Tengok ular tu (MOK) kat tangan dia, dia relax je. Aku geli k --'

Ni last night kat Seri Bidara :)

So this is Alan my lovely boyfriend :) Thanks for the great days sayang. I love you ♥


Thursday, March 1, 2012

Lepak-ing night :)

Malam tadi lepak dengan Alan mula2 kitaorg berdua je lepak kat Al Rafi sec 13. Lepas tu ambik Amoi kat hostel dia. Macam biasa la. Kitaorang lepak berdua tapi mesti ada yg ketiga. Yang ketiga tu Amoi la. Lepas tu kitaorang lepak kat Barra. Tapi kejap je lepak situ lepas tu pergi uptown. Kebetulan Rizal, Sutun, Meon and lagi sorang tu aku tak tahu siapa nak pergi Uptown tapi tersesat sampai ke mana2. Tu pasal la Alan and Amoi decide ambik diorang kat dataran lepas tu gerak uptown sama2. but then kat sana jumpa Idham sembang kejap je. Aku dengan Alan jalan kejap je. Alan macam penat then kitaorang lepak kat kereta je sementara tunggu yang lain tu. Dalam pukul 3 kotaorang pergi Barra balik. Diorang makan la. Aku shisha je. Shisha sampai pening. Haha. Sutun lagi kesian sampai termuntah2. Kesian dia. Lepas lepak Barra tu kitaorg hantar Amoi balik then Alan hantar aku balik pulak. Rasa macam sekejap je masa berlalu bila lepak dengan dia. Huh, already miss him :/






Sunday, February 26, 2012

Sweet Memory w/ Shila Amzah

Today aku pergi SACC Mall dengan mama semata mata nak tengok Shila je. Muehehe. Ingat mama taknak pergi rupanya mama nak pergi jugak. So here's our picture!

Nampak tak ada sentuhan kasih sayang kat situ. Kitaorang peluk sampai tiga kali. Yg paling penting dia ingat aku bhaiii. Dia cakap "Ni yg hari tu kan?" Then i was like :DD Dia ingat rupanya sebab hari tu pun kitaorang pernah pelok2 jugak last year kat PAS. Masa tu dia buat road tour AJL. Ada ambik gambar masa tu but muka aku sucks gila --' Last week patutnya aku tengok show dia kat Titiwangsa but salah event pulak so tak jumpa :/ This time roud tour for ABPBH. Alhamdulillah dapat jugak jumpa dia. She's really nice, humble and so sweet. Thats y i adore her so much :)