Thursday, March 31, 2011

Mainan Cinta Si Durjana

1. Di awal perkenalan , si dia menjadi insan yang paling mulia. Apa saja yang kamu mahu semuanya akan dipenuhi. Namun harus diingati semua itu hanya mampu bertahan tidak lebih sebulan. Sedikit demi sedikit si dia akan menunjukkan taringnya. Pada waktu itu pelbagai helah yang diberikan untuk melindungi dirinya
2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti seorang jejaka yang kaya. Mungkin kereta mewah dan juga pakaian mahal mengaburi mata sesiapa saja yang melihat, TETAPI SEBENARNYA POKETNYA KOSONG. Kalau ada pun cuma untuk pelaburan memikat si gadis di awal perkenalan, kemudian duit kamu pulalah yang jadi mangsanya.
3. Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, ada saja alasan yang deberikan untuk mengaburi mata kamu. Tengok saja setiap kali kamu keluar 'dating', siapa yang sampai dahulu? Dan alasan yang diberikannya kadang kala tidak munasabah.
4. Sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. Lebih jelas lagi bila dia sering mempersalahkan orang lain atas kesalahannya sendiri. Kebiasaannya si kasanova akan melibatkan ibu bapa mahupun keluarga terdekat bagi menagih kasih. Padahal cerita itu merupakan cara bernas untuk mengaburi mata kamu daripada kesalahan yang telah dilakukannya itu.
5. Kebiasaannya si kasanova akan sentiasa mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang berjenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa oleh itu periksa dulu latar belakang lelaki tersebut agar tidak terjerat dengan cinta palsunya.
6. Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu menyentuh bahagian yang agak sensitif. Sengaja mahu menggoda kamu untuk pergi lebih. Sebagai seorang gadis, kamu perlu menjaga maruah diri dan personaliti agar tidak mudah percaya debgan kata-kata dusta si lelaki kasanova ini.
7. Apabila keluar dengannya, dirinya selalu mahu tunjuk macho di hadapan kamu. Ada masanya juga dia akan menegur ramah perempuan lain di hadapan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu bahawa si dia tidak curang di belakang kamu. Hakikatnya si dia memang peramah dengan semua orang.
8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani meminta untuk meminjam wang daripada kamu. Alasan yang diberikan untuk meminjam wang kamu itu memang konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.
9. Lelaki kasanova biasanya mempunyai rupa paras yang agak tampan sebab itulah perempuan mudah cair dan jadi mangsanya. Jangan mudah percaya pada wajahnya itu tetapi percayalah pada hatinya. Harta dan rupa paras bukanlah segala-galanya. Malah, hati dan perasaan perlu diutamakan bagi memastikan diri kamu mampu mengecap cinta sejati.
10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. Tetapi harus diingatkan juga, ada kalanya mereka ada mengajak tetapi ajakannya itu hanyalah 'ajak-ajakayam' sahaja. Mulut kata ya tapi jauh di sudut hatinya tidak !